click saja okat =)

Monday, 26 December 2011

apakah ada beza bertunang dan bercinta?

hai semua!!
aahhh rindu semua benda, ingat haritu balik kampung nak update puas2, tapi internet macam mintak penampar, so terpaksa batalkan niat daripada buang masa kat depan laptop lan, nak upload satu gambar pon sempat mandi then solat then doa, tapi blom siap gak proses loading, haih.....

berbalek soklan yang menjadi tajuk di atas,
yes memang berbeza!

sejak bertunang, segalanya macam sedikit berat, bukan bergaduh, bukan terasa, bukan jugak bermasalah, maybe sudah looking forward for my dream wedding, a lot of thing to think, sebab saya tak ada sejuta dalam account bank macam awak, awak dan awk. saya cuma ada sekadar yang ada seperti dia, dia dan dia.

everyday before tutup mata n bukak mata mesti bukak blog kina, the source of the wedding tingy, thanks kina, macam nak ajak lepak sambil makan pisang goreng tepi tasik titiwangsa lepas tu sembang pasal wed preparation. owh obsessed nye sayaaaaa...

yes memang! everyhing in my head is about wedding, padahal lambat lagi, sampai akmal rimas, semua nak cakap pasal wedding, hmmm, i have to, kalau i tak fikir sekarang and slowly doing this and that, memang nanti takut tak puas hati plus i memang jenis semua nak under my control, because is my wedding, kalau lar awak punya wedding saya langsung tak kisah, nak buat tepi jalan tengah jalan kan, dalam rumah ke luar rumah ke, who cares? you lar, sebab u punya wedding (daa start mengarut sikit2)

dulu masa bercinta langsung tak ada terlintas pasal wedding. wedding tu apa eh? haaa, macam tu skali kau, tak heran pasal pelamin, pasal baju kelip2, pasal design kad kahwin, pasal songket terengganu songket jawa, sutera korea or wat so eveeerrr. pandang sekali je, takde nak belek sampai lapan belas ratus kali. sekarang cuba habaq mai tanya, semua aku daa khatam taauuu (over)

duit juga menjadi issue bagi saya yang baru bekerja 10 bulan lebih, you expect i ada 30k kah?you're totally wrong. mama papa saya xde nak bagi banyak tuuu, kalau mereka nak bagi pon saya malu lar awk, sebab masa study dulu memang daa banyak ngabeskan duit. thats y, semuanya bermain dalam kepala macam bintang yang pusing tuu. (dapat bayangkan tak)

dulu jugak langsung tak ada fikir dua kali untuk beli barang, amek amek dan amek g kaunter, kadang2 adalar akmal marah, tapi dah berkenan kan, nak buat macamana plus komitmen memang tak ada, lagi2 kahwin adalah perkara yang jarang difikirkan, urm menyesal? tak sama sekali, cuma diakui jodoh saya sampai awl, seawal ini, sukar nak percaya sebab letak target kahwin umur 25-26, lagi 2-3 tahun sepatutnya, tapi kata keramat yang tak pernah basi 'kita hanya merancang, tuhan yang menentukan' sentiasa memujuk hati ini.

so kesimpulannya, jangan bertunang kalau belum ready nak kawen, walaupun kononnya nak kahwin setahun or 2-3 tahun lagi, sebab perempuan itu fitnah, smua yang dibuat tak kena,dah bercinta orang tanya bila nak tunang, dah tunang org tanya bila nak kawen, dah kawen orang tanya bila nak dapat anak, daa dapat anak orang tanya bila nak dapat lagi.

hidup seadanya, sebab kata manusia tak menambah rezeki pon,
tutup rezeki maybe ada.
sentiasa cuba untuk senyum

dan sekarang saya pening pasal tema wedding saya
ahh tension

2 comments:

  1. salam..hai raidah..kalau kina kat KL mst dah boleh lepak2 kat ttwgsa..dulu sllu lepak kat mcd ttwgsa..:P..

    raidah tersilap tulis link kat comment kina tp kina rasa tersilap kat blogspot..jadi blogshop..hehe..comel je..link kamu ye..keep in touch..

    ReplyDelete
  2. klo tak boleh lepak sama2 kt titiwangsa
    =)

    eeerr, blogshop pon bolehh,hahaaha
    (cover malu)

    ReplyDelete

ada orang bagi feedback