click saja okat =)

Friday 11 May 2012

serba salah dan keluh kesah perkahwinan

okay, sekarang tengah berjimba2 di kampung tercinta
dan kerana itu aktiviti on9 memang terpaksa dikurangkan
faham jelar line tak berapa nak ok (tak paham pon buat paham jugak)

bila kat kg nie memang banyak sembang pasal kahwin dengan mama,
di situ yang tertinggal atau terlepas pandang jadi terpandang.
dan semuanya duit duit dan duit.

nak cantik, keluar duit pon banyak,
serba salah, sebab harus lar berjimat untuk kehidupan lepas kahwin,
tapi kalau ala kadar sangat hati pon tak senang.

manusia bercakap memang pandai,
termasuk lar saya
pernah tak anda bila tengok majlis orang yang grand atau vogue habis
anda terlintas atau berkata
"grand2 buat apa ntah, membazir betul"
tapi pernah tak anda terfikir,
kalau anda yang berada di tempat mereka anda akan berbuat bnda yang sama, ntah2 lagi grand tak?
tolak tepi isu tidak mampu,
yang saya cakapkan jikalau ada kemampuan,
buat la grand mana pon, asal tidak berhutang
tidak bawak kemudharatan di kemudian hari,
apa salahnya kan?

ada manusia terdekat dgn saya yang mengutarakan rasa kurang senang
apabila saya ingin menempah itu dan ini,
katanya membazir,sewa pon cukup katanya lagi...
tapi apabila kena mereka punya turn, mereka lagi beria menempah dan segalanya harus handmade,special taw.
amacam sekarang??

so sebelum tiba masa anda jangan bercakap tanpa lapik
in future kita tak tahu apa yang berlaku
andai ada statement seperti ini
" aku dulu buat biasa2 jew, tak ada video2 bagai, selamat ajew, anak berderet jee"
itu sebab anda tak mampu kak,kalau mampu ntah2 18 OV anda hire taw.

kesimpulannya,
yang penting teliti segala perkara
andai mampu dan tidak menyusahkan orang lain
truskan niat anda.
tiada siapa menghalang
kita masing2 tahu kemampuan diri sendiri,
cakap orang nie, dibiar geram
diikut sakit hati.
berbincang dengan family, andai mereka okay, cantek lar tu
andai mereka kurang senang tapi bagi anda itu terbaik
cuba berbincang dgn lebih dalam.
yelar zaman berbeza, sedikit sebanyak
wedding dream dahulu dan sekarang mesti jauh berbeza bukan.
mungkin bagi ibubapa video itu tak perlu, ribu riban pulak tu.
tapi bagi anda itu adalah precious moment yang tak dapat dijual beli.
yakin kan mereka yang video ini bakal menjadi kenangan anak cucu.
boleh mainkan video balik kalau suami kita nak kahwin dua esok2,
boleh mereka ingatkan diri yang mereka pernah berakad bersaksikan kaum keluarga untuk menjaga kita selamanya,
boleh jadi juga mereka jadikan rujukan untuk lancarkan akad nikah utk isteri kedua
(ini parah)

so sama2 doa yang terbaik.
semoga segalanya berjalan dengan lancar,
amiinn

Tuesday 8 May 2012

Rabu yang bisu

nice centerpiece (appreciation dinner renaissance hotel)

Dream Shoes

kasut kadang kala mejadi perkara paling akhir dititik beratkan, mungkin kerana letak nya di bawah, kalau pakai skirt labuh alamak tak nampak langsung pon kan, kalau time sale baru nak beli, itupon beli sebab murah. tapi pernah tak anda mengalami kaki melecet? masa tu walau pakai jenama top zara, seluar mahal, tudung ariani, semuanya rasa seperti tak kena kan. mula terfikir, kalau lar keluar duit sikit beli yang selesa mesti tak azab mcm ni walau lecetnya bukan sebesar syiling 50sen, kadang2 cuma goresan 2cm ajer.

oleh itu kasut memang satu perkara harus diberi keutamaan ye adik kakak, lebih2 lagi wedding shoes, owh malu la saya, saya dah nak kawen, hik3 (pang sedas kang). setiap hari bila menggoogle wedding shoes rasa macam mampu berangan aje. yelar bukan murah kasut wedding yang cantik dan yang penting selesa. nanti baju pengantin dah vogue, hiasan tudung kepala dah meriah tapi kaki melecet, semua rasa kelat.

sekarang mahu cerita kasut kawin idaman saya. saya mahu yang simple sahaja, seperti yang diwar2kan, kasut harusla selesa, warna mengikut warna tema saya. nanti mesti saya rasa sayalar raja sehari yang paling bahagia kan. saya pilih kasut mcm kat atas tu sebab kaki montok saya tak sesuai pakai kasut yang ada buka kat depan, biasa la kaki kembang. kecik pulak tu. detail pulak harus lar minima, tak mahu sarat mcm nak peragakan kasut tu dalam muzium. suka sangat kasut kat atas tu sebab nampak elegan dan selesa (selesa pon boleh nampak). pada masa yang sama jugak nampak mewah, ada sesetengah perkara tak payah sarat2 sangat, hilang serinya nanti kan.kalau detailing bahagia belakang kasut tu ditukar dengan pearl pon cantek.heel dier pulak memang menepati citarasa, tak terlalu tinggi tak terlalu rendah, ngam2 orang kata.

siapa pernah dengar Absolutelygorgeous By Amy, rekaan wedding shoes beliau memang meruntun hati, alahai bermimpi2 tau. kalau nak order boleh ke link ini , memang banyak pilihan kasut, dan sekarang beliau tengah ada give away!!! meh joint ramai2, mana tahu ada rezeki, dapat jalan dengan penuh keyakinan di hari bahagia anda nanti. insyaallah tak ada adegan tersadung karpet atau tergelincir tangga, almaklumlah konfideeennn....

nak2 review dari norakerel ada cakap rekaannya sangat selesa, lagi lar hati nie meronta nak memiliki kasut sentuhan Amy.

Monday 7 May 2012

Precious Moment





 Every moment with you is precious.

(today post a lots of pitcha because tomorrow is wordless wednesday)

wedding : hairi & olyn.

salam semua!!
hehe, daa lama dah pergi wedding dorang sebenarnya, baru nak update, sikit punya pemalas kan. hehe.

okay, 1st2 sampai dah disambut dengan welcome banner, bagus2, hope wedding harus lar ada banner2 nie, senang sikit, takut tersilap masuk majlis pulak. kalau setakat masuk tak apa, kalau dah tersilap masuk, makan, minum cane? last2 nak jumpa pengantin dah silap orang, so kalau berlaku perkara mcm nie korang boleh buat pura2 kenal kemudian salahkan pengantin sebab lupa korang.

sampai2 dah dah lambat sebenarnya masa tu, ada masalah sikit, memang teruja sebab hairi nie my best frenz, best frenz akmal juga, dorang roomate, so x sempat lar akmal nak curang sebab aku ada spy , hahaha (gelak jahat). dorang tengah ambik gamba masa tu, so tak boleh kacau sangat. after makan2 baru pergi kacau balik, ngeh3

air pon biru taw


nak bgmbar ngan pengantin!!

hoyeah, dapat bgmbar ngn panteen

doorgift!

sila abaikan gambar senget dan dagu berlapis itu
kebetulan pulak terpakai baju kurung biru, hamboih memang ikut tema uuu. alhamdulillah semua selamat cuma penat sebab jauuuhhh... doakan mereka bahagia selamanya, ameenn

Sunday 29 April 2012

Emosi kurnian Allah

salam,

saya selalu beremosi apabila diambil kesempatan, tapi sayangnya saya kurang pandai mengawal emosi, kadang2 emosi itu menjatuhkan saya, dek kerana kesalahan dari emosi yang tidak terkawal, contohnya seperti keluarnya perkataan kasar secara tidak sengaja, perkara ini lagi lar mencalarkan emosi tersebut, bukan lagi memperbaiki.

saya selalu kurang pandai mengawal apa yang perlu apa yang tidak, kadang2 saya lagi mmempamerkan kebodohan diri kerana emosi yang tidak dapat dikawal itu, lalu kesedihan saya bertambah. apa yang saya luahkan adalah betul, tetapi saya lupa ada perkara lagi bagus diam dari berkata2.

saya selalu kehilangan kata untuk mengungkapkan emosi, dan disalah anggap ketika meluahkan nya. dan perkara sepatutnya kecil menjadi besar.

mungkin kerana saya ada segalanya, ada family yang tidak bermasalah, orang tersayang yang membahagiakan, kawan jatuh bangun bersama, teman yang sudi berkongsi rasa. lalu Allah mahu saya sentiasa berada di landasan yang betul, lalu diutuskan seorang hamba untuk menguji saya.

diakui saya sentiasa alpa, sentiasa lupa, sentiasa tidak bersyukur dengan nikmatnya. usah ditanya mengapa musibah selalu datang, jgn ditekankan soalan tentang manusia yang teruk attitude nya, ya!, kadang2, kita pelik, kita fikir sampai nak pecah kepala kenapa manusia itu begitu kenapa manusia itu begini. kerana Allah mengurangkan dosa melalui banyak cara, bersyukur lah.......

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

Monday 23 April 2012

pekerja berdedekasi dah tak berapa nak kasi.

assalamualaikum,

nak ceritalar sikit, harinie saya MC, 1st mc dalam tahun ini, 2nd mc dalam hidup. waa dengar macam pekerja yang amat berdedikasi, eceh, tak pooon, tapi diakui lar, saya jarang sakit berat, tapi selalu selesema, sakit kepala dan sakit perut. tetapi alangkah bertuahnya hidup bos saya sebab penyakit2 tersebut selalu menyerang semasa malam atau weekend, bila bangun pagi elok aje segar walaupun malam sebelumnya kepala macam nk pecah seperti dihempap batu berwarna purple (gilaa).

track rekod yang agak bagus, tapi bos selalu layan saya macam saya sangat2 malas so daripada pekerja berdedikasi seperti saya dah kurang nak kasi, kalau dulu saya suka balik lambat walaupun telefon opis sudah x boleh digunakan selepas jam 6pm, saya still menyemak kat situ buat2 sebuk konon kalah menteri. kalau dulu saya selalu datang awal walaupun rutin kerja saya hanya start 45 minit selepas itu. tapi sekarang saya rasa itu semua hanya menambah luka di dada, kerana layananmu umpama aku pekerja paling bermasalah kan...

so sekarang saya masuk kerja sharp2, kalau terdatang awal pon saya still tunggu dalam kereta dengar radio sampai waktu sepatutnya masuk kerja, setahun 2 bulan kerja saya x pernah datang lambat walau seminit pon, itu pon anda kata saya kena datang awl sebab saya executive, watevaaaa... sekarang saya balik on time tanpa seminit pon kasi dekat majikan, no no nooo, kedekut lar dengan saya, lagi double triple mingle i kedekut dgn u taw.

kepada bos2, tekanan itu bagus, tetapi kedangkala ianya mebaca pemusnah kepada nilai ikhlas, kreatif, amanah , hormat dan sebagainya dalam diri pekerja, contoh macam saya la, kalau ikutkan, saya mungkin boleh paksa diri bekerja hari ini, tp bila memikirkan pengorbanan kecil itu bukan mengundang kebahagian, malah boleh memberi kesakitan kepada hati saya, saya rela mc.

tetapi saya selalu mengingatkan diri sendiri supaya bersyukur sebab diakui bayaranya lumayan, semoga Allah sentiasa murahkan rezeki saya, awak, awak dan awak ok

jgn ikut perangai saya, sila teruskan dedikasi anda okay

Thursday 19 April 2012

Review Movie : Street Dance 2

hello pelayar alam maya!
meh2 kita nak citer sikit, oleh kerana semalam adalah hari rabu so kita tengok lar wayang, sebab wayang jadi murah sangat, almaklumlah nak kumpul duit kawen, kena lar berkira dengan diri sendiri, berkira dengan mak ayah tak baik taw.

tarian jalanan 2

street dance 2 actually berkisarkan (kisar2 plak dah) pasal seorang lelaki yang pernah kena hina sebab jatuh masa menari, kena hina dengan group yang hebat gila nak mati lar, nama group tu invicible, so dia nie nak buktikan yang dier memang hebat, nama dier Ash, so ash n kawan dier buat satu group untuk kalahkan invicible kat Final Clash (satu competition) yang diadakan dekat paris.

so dorang pergi merata2 carik talented dancer, yang pelik kan, banyak taw duit dier n kawan dier nie fly sana sini. last2 jumpa lar semua, masing2 ada kelebihan tersendiri, cuma yang paling last adalah utk dapatkan penari latin bernama eva, sebab impian ash nie nak gabungkan street dance dengan latin. eva nie hot sangat2, kalau elaki dptbuat bini memang tak keluar rumah laaaa, last2 dorang bercinta, lepas tu ada problem, problem xleh cakap r sebab nanti korang tahu semua korang naik lemak berkrim ar kan. tapi cliche dan macam biasa lar sah2 lar dorang menang dan invicible nie tak hina dorang dah.

tapi ada satu part yang aku suka alam street dance 2 nie kan, ada seorang penari muslim, tak berapa ingat nama dier, ada sekali tu dier merungut pasal makanan tak halal, tabik dekat script writer, at least dier perasan detail macam tu.hmm sesetengah orang kita tak kisah makanan halal haram pon, asal sedap jew kan. sedeh tgk kawan2 muslim minum air setan harituu...

overall okay jugak citer nie, memang banyak dorang sajikan dance2 yang memang power, ada lar jgak saat anak mata coklatku ini membesar tiba2 dek kerana kekaguman yang menimpa diri ini. tetapinya (ada tetapi yee kawan2), pada permulaan dan pertengahan cerita, skill tarian semua mantap, so i expect to much on the ending (Final Clash competition punya part). last2, halamak camtu jeeee tarian dier.... kita memang akan expect lebih sebab awl2 cerita memang daa menarik. tetapi macam saya selalu pesan, high expectation leads to a deep crush. nasib baik tiket murah.

rating by raidahrashidi: 3/5
(still recommended klo setakat nak layan)

Wednesday 18 April 2012

Serai @ Empire : the best pavlova ever

Bila bercakap soal makan, memang semua suka, kalau sekali sekala nak menikmati makanan yang anda sayang nak telan sebab terlalu sedap (over), boleh lar ambil kunci kereta anda dan terus memandu ke Subang Empire sekarang, kejap2 lagi pon boleh.

dah2 tak payah nak skema2 sgt!
okeh siapa pernah dengar pasal Serai? actually ada satu restaurant in Empire Subang, memang sangat2 tempting semua makananya mereka, terutamanya pavlova, memang teringat2 sampai balik rumah, pastu tidur, pas bangun tido pon teringat lagi. ambooiihh.

oleh sebab cakap banyak itu kurang gunanya apa kata melayan photo2 yang telah lama tersimpan rapi dalam pendrive ku. (pendrive? apa barang? semua daa main flash drive laaa), hmm bukan sama jer ke? biarkaann.....
 tgk tu pavlova dier, cuba bayangkan masa suap dalam mulut, chew2 gituuu, nikmatnyaaaa.....


nie daa lupa nama apa, tapi sedap! tengok minum air kosong jee,
daa main dish n dsert da mahal, air kosong jelar mampu

ini saya makan 2 org
saper area subang gi ar makan kat sana, tp biasa Serai nie selalu penuh, kena tunggu sekejap, maybe korang boleh pura2 tanya "u tak kenal siapa i??!!", lalu dorang takut sebab ingat korang anak sultan mana, dan terus sediakan meja untuk anda, tp maybe still take time jugak sebab dorang kena keluarkan meja tukang masak dr kitchen, stop mengarut raidah! k bye!

Tuesday 17 April 2012

wordless wednesday : Pelamin tunang



my pelamin tunang haritu, tak letak watermark, siapa nak share silakan, cuma bg credit okay, nnti boleh i share siapa pemilik jari yang membuat pelamin tersebut.