click saja okat =)

Sunday 29 April 2012

Emosi kurnian Allah

salam,

saya selalu beremosi apabila diambil kesempatan, tapi sayangnya saya kurang pandai mengawal emosi, kadang2 emosi itu menjatuhkan saya, dek kerana kesalahan dari emosi yang tidak terkawal, contohnya seperti keluarnya perkataan kasar secara tidak sengaja, perkara ini lagi lar mencalarkan emosi tersebut, bukan lagi memperbaiki.

saya selalu kurang pandai mengawal apa yang perlu apa yang tidak, kadang2 saya lagi mmempamerkan kebodohan diri kerana emosi yang tidak dapat dikawal itu, lalu kesedihan saya bertambah. apa yang saya luahkan adalah betul, tetapi saya lupa ada perkara lagi bagus diam dari berkata2.

saya selalu kehilangan kata untuk mengungkapkan emosi, dan disalah anggap ketika meluahkan nya. dan perkara sepatutnya kecil menjadi besar.

mungkin kerana saya ada segalanya, ada family yang tidak bermasalah, orang tersayang yang membahagiakan, kawan jatuh bangun bersama, teman yang sudi berkongsi rasa. lalu Allah mahu saya sentiasa berada di landasan yang betul, lalu diutuskan seorang hamba untuk menguji saya.

diakui saya sentiasa alpa, sentiasa lupa, sentiasa tidak bersyukur dengan nikmatnya. usah ditanya mengapa musibah selalu datang, jgn ditekankan soalan tentang manusia yang teruk attitude nya, ya!, kadang2, kita pelik, kita fikir sampai nak pecah kepala kenapa manusia itu begitu kenapa manusia itu begini. kerana Allah mengurangkan dosa melalui banyak cara, bersyukur lah.......

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

ada orang bagi feedback