click saja okat =)

Monday, 7 February 2011

Klinik Idzham

salam and good morning =)
(pagi2 kena senyum)

tajuk entry x boleh blah, haha, nak citer pasal semalam, balik kerja kena drive satu jam, daa hampir sampai tgn macam menggigil sebab tak sihat kan, memang tak tahan, maybe sebab tak lunch semalam, tak ada selera, tak sihat kateeee, gila mengadaaa.

ingat nak dinner ngan si akmal masham syayam, tapi beliau sangat lar sibuk bersama kerja yang menimbun dekat office tu, so aku tapau nasi goreng cina dekat mamak, balik rumah solat, then terus makan, hmm, okay sikit, tapi badan sangat lemah, mandi dan terus tido, akmal call, aku macam weng and blurr, akmal tanya semua aku jawab tak tahu, last2 aku tersedar yang aku on da phone, then msg akmal buat ayat sedey nak mati. yes! akmal kesian, dengan penuh kasih syg beliau hantar aku ke klinik. tunggu lar kat klinik tu, aku rasa macam dah masuk bank daa, kena amek no then tggu giliran.

nak dijadikan cerita, tiba nampak abg pian (abg ipar akmal) dukung sarah (ank dia lar). aku ingat kan demam ke apa kan, sekali tgk kepala sarah berdarah, aku tengok dekat2, gila menakutkan, dalam kot luka dier, tanya abg pian, dia cakap adik sarah jatuh dalam kereta masa dia break, kena besi kat belakang seat tu. sarah x nangis, tapi masa doctor tengok luka tu meraung2 dia, kesian weh, last2 doctor ckp kena pergi hospital, dia x brani jahit sebab dalam and kena x-ray dulu kot2 ada retak ke apa kan. jap lagi aku nak call along lar (kakak akmal), akmal tu bf aku tahu.. kang tanya pulak (bapak perasan...haha). pastu aku dengan akmal hantar isya & iwan balik rumah (ank along). along plak bawak sarah pergi hospital. moga tak ada paper lar.risau~

isya and iwan kat klinik, syahdu jewww
nie si akmal nie msg sakit kepala pulak, bos suruh dia mc, jangkit aku ke apa, adam kat sebelah meja aku ni plak memang sah2 jangkit aku semalam, selesema daa dia, haha, kesian... musim org sakit kot skrang... takpa, sakit tu mendekatkan diri dgn tuhan, baru nak ingat Allah kan, kalau tak xde nya, solat pon cincai2, ish dunia2......

semalam aku dapat 4 ubat, aku senang mkn ubat, suka jew mkn, kdg2 akmal marah aku suka mkn panadol bila sakit kepala. dia kata jgn manjakan diri dengan ubat, nanti selalu nak. bg aku pulak, baik cegah before jadi kan, daa rasa sakit kepala tu terus makan, xde lar melarat.

pssst:
-entry kurang gambar sebab takkan lar aku yang sakit nie beria nak amek gambar kat klinik plak
hehe
- gila banyak nama akmal terlibat, daa memang aku menjalani hidup dengan dia, xkan nak letak nama siti nurhaliza pulak
- ntah paper, tajuk entry klinik, sepatah haram pon x citer pasal klinik idzham tuuu
=)

1 comment:

ada orang bagi feedback