click saja okat =)

Sunday, 27 March 2011

apabila lelaki bertemu, dan aku menjadi penyebuk antarabangsa...

okeh kalau pagi hari sudah berjogging di tasik titiwangsa sambil melihat kaki pancing memancind, petang nya agenda yang dirancang adalah ke career fair di PWTC, tapi masa on the way, din my best friend call,ajak jumpa sebab andrew and another din ada kat kawasan berdekatan, so terus akmal patah balik, yelar nk jumpa kawan lama.sangguuuup....

lepak kat old town sri gombak.. full treatment by andrew, thanks!! agak lama di situ, banyak yang dibualkan, aku menyemak jew tp bila dalam perbualan aku lar master, aku nie kan jenis ramah tak bertempat, tanya itu tanya ini, banyak lar ckp pasal member2, mana yang daa kerja, mana yang tak, ada kawan2 sambung master (jeles)... ada yang kerja dengan company bapak, ada yang still mengganggur, ada yang daa kerja tapi nak tukar kerja, macam2 ada!

actually mana ada kerja senang, sekarang baru aku faham kenapa papa cakap, kita tak layak pilih kerja, if dapat kerja yang kita suka dan kena dengan jiwa raga bakul basket kita itu adalah satu bonus, tapi yang tang bakul basket tu bukan dialog papa aku lar, aku sajer bagi gempak ayat metafora aku. hmmm, ada banyak benda yang papa aku pesan dulu, baru sekarang aku faham, maaf pa. anakmu masih perlu belajar erti kematangan, lembab sket, heheheheee




okeh lepas tuu ke Eastin hotel kat damansara sebab nk jumpa ijoy (kawan akmal jugak), dier baru dapat kerja ngan philip morris, so ada training seminggu kat situ, tapi jumpa hai2 jew, tak dapat ikut lepak sekali sebab ada presentation apa ntah, then destinasi seterusnya ialah tropicana city centre, jumpa si hazriq plak, eh betul2 buat gathering dorang nie, cam best plak jumpa kawan2 lama nie, kat TMC tuu, aku pergi maxis centre dulu untuk setel hal postpaid aku nie then baru joint, din,andrew, din no 2, hazriq and his gurl amy kat papa john, amy sama kg ngan aku, org ganu... memang banyak benda yang boleh diceritakan, oleh sebab most of us mata duitan, perbualan mestilar melibatkan kerja di big company( biasa cerita pasal company msing2 lar), investment, loan, new business, gold investment, credit card, booth or shoplot rent rate,MLM, bank2 and other hot issues lar.
tropicana city mall!

pleaseee din, x comel poonn...

aku macam biasa, menjadi penyebuk antarabangsa, walaupun semua tu actually kawan akmal, tp aku lagi banyak ckp ngan dorg,hehi, aku nie kan, selagi aku faham apa org ckp memang ada jew aku punya ayat.. tgk org lar, takkan dengan laki org pon aku nak ramah terlebih kan. bagus apa berkawan, susah2 kan ada org bantu, share pengalaman, share pengetahuan....

adakala bagus jadi penyebuk
tapi jgn jg penyebuk tak tentu pasal
=)

1 comment:

  1. betul3...
    takpe ramai kawan jangan ramai lawan udah ;)

    ReplyDelete

ada orang bagi feedback