click saja okat =)

Saturday 26 March 2011

jogging dengan superman dan pertandingan memancing

hai,
selamat hari ahad!

pagi2 tadi semangat akmal dak kering tu ajak aku pegi jogging, dier ada dapat hidayah lar tuuu, atau mungkin perut boroi beliau memberi keinsafan kepada beliau, aku layankan ajer, sebelum pergi jogging basuh semua baju kotor dulu, balik kang jemur ajer, senang.

sampai2 tasik titiwangsa tuu memang susah nak dapat parking, last2 parking kat umah datuk mana ntah, umah situ kan besar2, tapi ada satu umah anak yatim kat sana, mesti salu dapat derma kaw2 punya, tapi org cakap lagi kaya lagi kedekut, ada betoi ka?? no comment.....

aku pulak, still berada dalam zaman jahiliah, gila malas nak jogging, walaupun diameter perut daa naik, tapi nak buat mcamana, semangat malas (malas pon ada semangat) sedang menguasai diri, paksa jugak r jogging, tapi daa satu round pon still tak kuar peluh, aku memang jenis camnie pon, dulu time joint taekwondo kena sparing 5 round baru nak peluh, tapi kalau sparing dengan instructor aku, belum start pon aku daa berpeluh, goyang wooo, seram sejuk, hahaha, jgn maraa Mr Wee and Sir Amir (wakluu, mcm depa baca lar blog pcicisan hang neh)

daa jalan2 tuuu, baru perasan kenapa parking susah dapat, rupanya ada pertandingan memancing, masa aku lalu tuu, ada sorg budak daa dapat ikan, besaaaarrrr.... ada lar pakcik tu tanya, daa berapa lama mancing, dier ckp baru sepuluh minit, kira rezeki dia lar..

kalau anda fikirkam situasi di atas kan, ada satu moral value yang aku nampak, yeee memang tuhan bagi dia ikan besar dalam masa 10 minit, tapi mungkin org yang mancing 2 jam dapat lagi besar, atau mungkin x dapat langsung, rezeki kat mana2, tuhan tak bagi sekarang, akan datang tuhan bg lagi best, mana tahu kan, kalau sekarang anda belum dapat pakai kereta, kawan kita sebelum spm daa pakai kancil (jangan terasa owner kancil,perumpamaan sahaja),kita keje pon belum ada kereta, dun worry be happy, maybe tuhan nak bagi kita SUV kan. sabar saja okeh, jangan berlagak atau lupa diri, tuhan nak tarik kejap jeww.... x sampai 5 minit pun... hidup jangan sombong kata papa aku.

okeh, ter ceramah pulak, pasal jogging tuu, boleh lar, daa lama tak jogging, penat jugak lar, stamina dah tak ada, ke sebab daa matang tua?? ohhh tidak!!=) pertandingan mancing tuu ramai jugak joint,meriah, khemah pon banyak pasang. tadi rekod ssebelum aku balik, ikan 9 kilo lebih, tapi tak tahu lar siapa juaranya, takkan aku nak tunggu kat situ pulak, sebab nak tahu juara then bgtaw korang, aku lapaa aku balik ar!! emo tetiba pehal?? hahahha

dan the best part is, aku langsung x amek gambar
adakah aku telah menjatuhkan maruah blogger??
hark3

lupa nak ckp, superman di atas adalah akmal sebab beliau pakai baju superman. aku pon sama, pakai baju superman, tapi spender pakai kat dalam rr bukan kat luar.

No comments:

Post a Comment

ada orang bagi feedback