click saja okat =)

Tuesday 22 March 2011

kalau taknak menderma jgn banyak tanya lar!

okeh, tajuk nak gempak jew kan, hehe. ada story sebenarnya di sebalik kegempak kan tajuk di atas, entry lepas aku ada cerita pasal adik aku datang kan? lepas tu akmal bawak kitorang pergi HR Steak House, pasal Steak House ni pon aku pernah citer kan, alaaa kat kg baru tuu, sampai2 jew manusia memang ramai, susah jugak lar nak dapat meja, akhirnya terceruk sket kat tepi restoran tu dapat lar meja. tiba2 ada lar kanak2 yang datang mintak derma, aku biasa tak bagi duit lar, sebab bukan kedekut ke apa, tapi aku rasa kan, mcm bukan dorg dapat duit tu, mcm sindiket lar sebab budak2 yang mintak tuu ramai, kadang2 kat hgway karak tu pon ada, kalau ikut logik mana lar dorg datang kan, mesti naik kereta ke apa kan, siapa bawak dorg? semua persoalan tu sentiasa ada bila aku tengok kanak2 mintak sedekah nie, kadang2 mahu jugak ajak dorang sembang, tapi tu lar, dorang xkan jawab, kalau bagi makanan tak mahu,derma dalam bentuk duit ajew mereka terima.

lepas tu ada datang lagi budak perempuan, sayu ajew, datang dari meja ke meja, ckp macam nie "mintak derma kak".... jalan dari satu meja ke meja, sampai satu meja:

budak perempuan: mintak derma bang.....
abg n kakak:xde3,dah bagi, berapa kali entah nak bagi, daa dekat 10 org mintak
budak perempuan: bukan sayaaa!! (suara sedikit menjerit)

lepas tu dia jalan lagi pergi meja sebelah...

budak perempuan: mintak derma bang...
lelaki kat meja mkn: datang dari mana nie?
budak perempuan: (aku x berapa dengar apa dia jawab)
lelaki kat meja mkn : (tanya2 lagi)
budak perempuan : pakcik kalau nak menderma, derma jelar, kalau taknak menderma terima kasih!!!! (dier jerit)

wooo, semua orang kat meja berdekatan terkejut, lepas tu pakcik yang sebelah meja aku tu siap ckp nak hempuk ngan gelas.. memang agak kurang ajar, dah lar dtg ramai2 mintak derma, org tanya2 marah pulak, kalau aku, aku pon nak tahu mana datang? siapa suruh mintak, mana mak ayah?. tapi aku terfikir jugak situasi budak perempuan tuu, maybe dia dipaksa, tapi kita memang tak boleh bagi, macam aku pernah ckp, rakyat malaysia murah hati, tp benda2 macam nie lar menggalakkan lagi sindiket2 mintak derma nie. sebab dia tahu kita mudah kesian. boleh buat profit plak guna budak2, aku advice lar, eceh cam hebat nak advice2, kalau nak bagi derma, bagi dalam bentuk makanan, kalau bagi duit, entah siapa yg dapat duit tu kan.

aku tak pernah sekalipun berkira kalau setakat singgit dua tu, masa aku hampir habis makan, ada org tua ada sebelah kaki dtg mintak derma, aku hulur jugak, bukan aku pilih kasih ke apa, kalau tak ada kaki aku percaya pakcik tu memang tak dapat kerja, tapi kalau budak2 aku takut mereka sebenarnya dipergunakan. duit yang niat ikhlas untuk bersedekah org jadikan untung pulak, dan in future benda nie akan menjadi2.

semoga budak perempuan dan pakcik takde kaki tabah dalam menjalani kehidupan

2 comments:

ada orang bagi feedback