click saja okat =)

Friday 27 January 2012

Cara Bersyukur & Menghargai.

selamat malam semua!!
hmmm, kebelakangan ini dugaan banyak datang, mungkin hati ini lemah dan diri tak kuat, so musibah kecil pon dianggap besar. haih, manjanya budak raidah nie..

demam hampir seminggu, genap semingga saat menaip entry ini, maknanya 7 hari la, bukan genap2 jam dan minitnya. tsk tsk, jarang sangat sakit lama cmnie, biasanya sekali mkn ubat terus baik. ini tak, melarat2, even hanya sakit tekak suara berubah, ianya mempengaruhi kerja saya sangat, sebab kerja saya bercakap, explain dengan cstomer, bukan kerja dengan pc or machine, nak mc macam tak padan. tambah bos saya jenis aggap org ambil mc tu mc adalah jenayah berat, (ini serius)

setiap hari minum air masak banyak, makan sup sahaj untuk lunch dan makan malam, tapi tekak semakin sakit, hadoih, baru tahu nikmat sihat, nikmat jerit sana sini, ingin cepat baik dan menghargai kesihatan baik yang diberi. tgk lsr makhluk tuhan sorang nie, sakit baru nak bersyukur, dasar manusia betul. (ya Allah ampunilah hambamu yg hina ini)

terbayang dalam kepala, baring di katil sambil tengok tv dan menikmati chocolate, ahhh kepingiiinnn....



dengan sakit, susah, payah, derita, ujian, musibah, dugaan itulah kita semakin dekat dengan tuhan, diakui kadang kala rungutan selalu keluar dr mulut ini, tapi sebenarnya sedar,dengan cara ini sahaja kita akan meneliti balik segala kesilapan dan kepincangan yan kita telah lakukan tanpa sedar. kerana saat ini, hati selalu bertanya, kenapa? mengapa? apakah?, jawapanya kita tahu, antara mengiya atau menidak sahaja. so kawan2 hargailah masa sihat sebelum sakit okay, pesanan khidmat msyarakat ini dibawakan oleh raidahrashidi....

'Allah sengaja memberi ujian, kerana mahu kita menjahit kembali sejadah yang mungkin terkoyak'

sakit itukan penggugur dosa...
=)

No comments:

Post a Comment

ada orang bagi feedback